Konsert Minggu Ke 4
 Salam..
Kak Ogy. Ada aksi yang seperti membunuh lagu, melodi dan senikata. Seperti ada cirri penyanyi R&B (sebutan). Tetapi pakaian cantik.
Ning. Persembahan yang menarik setakat ini. Setiap minggu, anda sentiasa mempraktikkan ilmu yang dipelajari di kelas. Tempo baik, cuma pitching sedikit ‘terkehel’ di penghujung persembahan.
Adlin. Suara baik. Biasanya anda seorang penari yang baik tetapi tidak berlaku pada persembahan ini.
orait…
minggu ke 4 baru jek sudah menyaksikan antara pelajar2 yang menyerlah adalah nadia, stacy, riz..yang lain2 bole tahanla kan…
minggu sudah menyaksikan geng peminat nadia membawa 10 orang camtu yang saling mengenali…yg kat tempat lain pon ade gak tapi belum kenal je lagik..
seperti yang kite maklum nadia dapat lagu etnik kreatif…ala lagu tradisional lama2…
so anyway..jom proceed dgn persembahan nadia sendiri..mcmana dia bawak lagu tu kan..
pengkritik kata..kelembutan dan kemerduan tiada dalam nyanyian nadia yang mana rasanya kurang bersetuju dengan kritikan yang diberi..
nadia punyai suara yang besar dan rock-ish..diberikan lagu yang lemah gemalai merupakan agak satu kelemahan untuk nadia..lagu nak kene ngan suara…fleksibiliti itu agak susah…tapi walau macamanapun..ia merupakan kejayaan peribadi rasanya untuk nadia sebab berjaya membawakan lagu tersebut dan menjadi salah satu persembahan yang boleh dikatakan berjaya pada minggu ke4..
bagi saya sejujurnya…daripada nadia membawa lagu tersebut dengan gaya lemah gemalai, saya kira itu sat u pembaharuan dalam menyanyikan lagu berunsur tradisional berelemenkan suara rock-ish…rasanya lebih segar..seandainya nadia bawak lagu tersebut dengan mendayu-dayu merdu..mungkin yang generasi2 baru ni cam tak susah nak terima..at least suntikan semulajadi elemen rock itu menghasilkan kelainan kepada lagu tersebut..
saya cuma berharap sekiranya nadia diberikan lagu2 sebegini..koreografi atau tarianya dilebihkan..soal vokal bukan masalah besar sebab insyallah nadia mampu membawakan apa jua lagu dengan mungkin masalah2 yang kecil sekiaranya ada…saya agak setuju dengan komen adlin yang tarian untuk lagu2 sebegini adalah relevan dan penting supaya dapat mempamerkan jatidiri lagu tersebut yang memfokuskan tarian…
Afundi Nadia Kita pastikan Nadia ke Final!!!
REDAH JER!!!
wasalam..
sisipan afundi nadia….. Heliza & cham (gambar sebentar lagi)





Nadia Cribs Entertainment
(001783943-U)