Tugasan Minggu Ke 6, Nadia di uji lagi!!
salam..
Hai korang minggu ni nadia dapat lagu rama-rama.. harap-harap dia dpt menonjol lagi minggu ni. kalau korang perasan nadia ni selalu di uji dengan bermacam-macam lagu.. minggu lepas ska.. dan minggu ni lagu ella plak.. bila nadia nk dpt lagu yg rancak yang boleh dia beraksi dengan lincah.. harap-harap ada lagu seperti ini untuk nadia.. tak per nadia redah jer.. kami sentiasa doakan kejayaan nadia dan afundi nadia.. semoga nadia dpt lakukan yg terbaik…
Tajuk : RAMA-RAMA
Seumpama rama-rama,
terbang bebas di udara tanpa ada halangan.
Aman damai suka-suka,
riang ria tanpa ada rasa duka sengketa, rama-rama.
Ekspresi dirimu menawan hatiku,
ingin aku terbang bersamamu.
Melihat kerenah melihat telatah,
manusia yang sering terlaga.
Ekspidisi ini bagai tiada henti,
kan menjadi antologi diri.
Terhentilah mimpi terhapuslah sepi,
sanubari yang lebih berani.
Terminal yang pasti satu fitrah hati,
kerana yang sejati tiada kekal lagi.
Terbanglah ke sini mencari abadi,
terbanglah ke mari mencari hakiki.
Seumpama rama-rama,
melewati panorama yang penuh warna warni.
Taman bunga taman damai,
dengan aksi lincah berputik hidup yang harungi, rama-rama..
redah jer!!! afundi nadia
pastikan nadia ke final!!!
wasalam..
credit to: pengkid@cari.com.my






Nadia Cribs Entertainment
(001783943-U)